Friday, August 22, 2008

GEDIK...

Hu yooo...amar maaruf nahi mungkar...sapa ajar tuh? Siap bukak notes lagi bila nak sebut. Come on la, enough la with Umar's story, and one more thing, please...please...control your gesture when you say the phrase...nampak macam main-main tau...kalau nak sebut biar muka tu ikhlas dan serius, amar maaruf nahi mungkar bukannya di sebut untuk diketawakan audience...

Yang sekor lagi pun sama....yang sekor tu Des dah tak reti nak kata pa...berdoa sajalah..

Wallahuallam
p/s : nasib baik dia tak kuar kan dalil-dalil dari hadis or Al-Quran....

Wednesday, August 20, 2008

Tumbangkah Kerajaan Pakatan di Perak????

31 budak Pakatan... 1 jadi Speaker .... Seronok duduk atas... hai tinggal 30...

30 budak Pakatan... 1 kena ehem ehem .... masuk dalam lokap ...hai tinggal 29...

29 budak Pakatan... 1 ehem seks aww... masuk dalam jamban ...hai tinggal 28...

Opsss dah cukup dah ...jom.... buat undi tak percaya.....

Perlembagaan Negeri Perak pun bersuara .... Apabila seseorang Menteri Besar telah hilang kepercayaan Majoriti Ahli Dewan, maka.....eloklah beliau tutup pejabat MB dengan segera dan menyerahkan kuncinya kepada Istana Yang Mulia........

Maka dengan ini diperintahkan bahawa..... Dewan Negeri Perak dibubarkan......

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan ... Bulan Depan Kita Puasa dan lepas tu kita sambut Hari Raya......

Dan selepas itu, kita Pilihan Raya......

Wa cakap lu.... wa talak tipu maaa..... Olang PAS... apa pasat itu ali manyak belagak sama wa? Nyangan itu macam kawan.... Allah Maha Kuasa.... Misti mau ingat la!

SAIFUL SUDAH SUMPAH DAN PERGI KE JAWI. ANWAR BILA NAK SUMPAH?


DAP AKAN PANGGANG BABI KALAU MENANG DI PERMATANG PAUH


Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?Persoalan ini banyak dilontarkan sejak Anwar begitu yakin umumkan tarikh spesifik beliau akan jadi PM pada 16 September. Beliau kata pada tarikh itu, seramai 30 ahli parlimen BN akan melompat parti bagi membolehkannya menjadi PM.

Ada yang mendakwa pengunduran Azizah, isteri Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai itu untuk beri laluan Anwar bertanding, dianggap merupakan sebahagian daripada 'master plan' ke arah mencapai cita-cita di atas.

Anwar telah masuk bertanding sebagai calon pada 16 Ogos lalu dan keputusannya akan diketahui pada 26 Ogos. Bermakna Anwar mempunyai masa 20 hari lagi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi PM pada tarikh tersebut.

Bolehkah cita-cita Anwar jadi kenyataan ?

Persoalan ini juga sukar untuk diramalkan kerana politik itu satu seni yang serba berkemungkinan. Misalnya tiada siapa dapat menjangkakan BN akan tewas di lima negeri untuk membolehkan Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Tiada siapa dapat menjangkakan Pakatan Rakyat boleh menghantar 82 ahli Parlimen ke ke Dewan Rakyat, tetapi itulah realitinya keputusan PRU 12.

Tiada siapa dapat menjangkakan sebuah parti kecil, PKR, boleh menghantar 31 ahli Parlimen mendahului parti lama DAP (28 ahli parlimen) dan PAS (23 ahli parlimen). Sedangkan DAP dan PAS mempunyai grassroot kerana sudah bertapak lama, berbanding dengan PKR yang hanya ditubuhkan sejak 1999.

Bayangkan PKR pada tahun 2004, hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Permatang Pauh, boleh mendahului PAS yang mempunyai kerajaan negeri di Kelantan dan DAP yang sudah bertapak sejak serpihan parti PAP di Singapura lagi.

Dari segi logik, tidak munasabah, tetapi itulah realitinya.

Imbas kembali pada PRU 12, PKR hanya berbekalkan satu kerusi parlimen (Permatang Pauh) boleh bekerja seumpama 'jentera' yang memerintah negara dengan poster dan kain rentang berwarna warni, pelbagai risalah dicetak warna dan di pos ke setiap isi rumah. Malah khidmat pesanan ringkas turut dihantar ke setiap pengundi untuk merayu undi menggunakan kaedah terkini.

Malah poster Anwar bercetak warna pelbagai saiz, ditulis dalam empat bahasa "A New Dawn For Malaysia" dihantar dari Perlis hingga Sabah dan Sarawak. Kelantan yang dimonopoli oleh PAS juga bersepah poster warna warni itu, sedangkan Anwar tidak pun bertanding dalam PRU 12, tetapi projek menjulang dan memperkasakan imej Anwar di sebarkan ke seluruh Malaysia.

Tiada poster Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang yang dipotretkan dan disebarluaskan sedemikian rupa, kecuali poster Anwar, walaupun beliau tidak bertanding. Barangkali 'projek menjulang imej Anwar' ini direstui oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP sebagai mengiktiraf Anwar sebagai 'ketua Pakatan Rakyat' dan bakal PM Malaysia.

Barangkali juga Anwar menjulang nama tanpa direstui oleh rakan-rakan Pakatan sepertimana yang didakwa ustaz Hadi baru-baru ini bahawa dalam Pakatan tiada siapa yang jadi ketua.

Barangkali dengan kenyataan 'tiada siapa ketua' dalam Pakatan ini memberi ruang kepada Anwar untuk menonjolkan diri sebagai ketua yang berkaliber.

Bagaimana pula dengan kontraktor yang sentiasa menghimpit Anwar. Barangkali si kontraktor yang mendapat kontrak cetak dan pos, poster Anwar "A New Dawn For Malaysia" sudah kaya raya dengan cetakan poster dan edaran ke seluruh Malaysia. Kalau dikatakan kontraktor itu sudah bergelar 'jutawan' dengan hanya kontrak cetakan poster dianggap tuduhan melampau, tetapi realitinya poster tersebar ke seluruh pelusuk kampung.

Itu baru soal poster Anwar yang tak bertanding, bagaimana pula kontraktor yang mendapat tender poster calon PKR, topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan khidmat SMS ?

Berapa banyak yang Anwar terpaksa laburkan ?

Barangkali mengira perbelanjaan poster dan kain rentang sukar kerana tiada data yang spesifik, sekarang mari kita congak perbelanjaan kasar untuk setiap calon Ahli Parlimen PKR.

Setiap ahli parlimen diwajibkan membayar deposit sebanyak RM 5 ribu setiap calon. PKR hantar 76 calon, bermakna 76 x Rm5,000 = RM380,000.

Itu hanya perbelanjaan untuk ahli parlimen, belum kira lagi ahli PKR yang bertanding DUN. Itu hanya deposit calon, belum dikira lagi perbelanjaan untuk setiap calon semasa kempen pilihanraya.

Bermakna, kalau PKR hanya bermodalkan satu ahli parlimen PRU 2004, tanpa kuasai kerajaan negeri, tidak mampu untuk mendapatkan dana pilihanraya sebanyak itu. PAS yang selalu kutip derma semasa ceramah dan kuasai kerajaan negeri Kelantan, tidak mampu tandingi kekayaan sumber kewangan PKR.

Malah ketika Anwar diwawancara oleh Malaysia, tentang beliau menjadi PM selepas 16 September, beliau begitu optimis sekali mengatakan cita-cita itu akan menjadi realiti;


Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?

Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally - which includes Malaysiakini - thought that we (could win) control of five states.

It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that - although we have been derailed somewhat because of all these episodes - we can make it.

Anwar banyak wang ?

Persoalan ini pun sukar dijawab. Apabila timbul soal lompat melompat, 30 calon BN kepada PR, perkara pertama dibahaskan adalah soal deal. Soal tawar menawar, janji (rasuah ?) jawatan atau tawaran wang. Blog masterdedah tulis, Anwar tawar RM5 juta untuk setiap calon. Benar atau tidak dakwaan masterdedah, itu kebebasan bersuara daripada penulisnya.

Penulis blog Dunia Tiger pula sebut angkanya mencecah Rm100 juta untuk setiap calon. Penulis blog itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyatakan ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.

Itu hak kebebasan bersuara para penulis blog untuk membuat andaian masing-masing dan kebebasan ini yang diperjuangkan oleh Anwar dalam mencintai demokrasi serta hak asasi.

Dalam kamus politik, soal melompat selalu dikaitkan dengan politik wang. Perkaitan keduanya sudah sinonim ibarat isi dengan kuku. Malah resipi menubuhkan kerajaan secara pintu belakang pernah dilakukan oleh Anwar ketika menjawat Menteri Kewangan dan TPM pada tahun 1994. Dengan kuasa Menteri Kewangan, Anwar mampu 'membeli' calon-calon PBS lompat parti, hingga kerajaan Pairin Sabah tumbang sampai ke hari ini.

Maknanya Anwar tahu resipinya dan pernah melakukan eksperimen itu di Sabah.Sebab itu apabila Anwar beri isyarat Yong Teck Lee, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang memulakan proses lompat itu dari Sabah, bermakna proses itu mengembalikan nostalgia 1994. Apatah lagi Anwar dan Teck Lee sendiri saling kenyit mengenyit mata, mengakui pernah berbincang sebanyak dua kali

Seperti kata Anwar, bukan masanya untuk berbicara soal tidak demokratik, etika atau pintu belakang kerana yang pentingnya beliau boleh menjadi PM pada 16 September ini. Apatah lagi soal moral, etika dan demokratik itu adalah ciptaan Barat. Anwar pula dikultuskan oleh Amerika untuk menjadi jurucakap "demokrasi" ke negara-negara lain.

Bermakna hanya Anwar sahaja layak menentukan takrif "demokratik" atau tidak, kerana beliau mendapat kultus daripada Presiden Polis Dunia (Amerika).

Dari mana sumber kewangan Anwar ?

Persepsi Anwar 'banyak duit' mungkin diyakini oleh orang seperti Yong Teck Lee atau orang-orang yang didakwa Anwar akan melompat parti pada 16 September ini. Kalu tidak masakan Teck Lee sanggup mengekori bontot Anwar di Singapura dan Hong Kong. Anwar bukan ahli parlimen pun, beliau hanya pemimpin de facto PKR, tetapi beliau diyakini seorang yang mempunyai 'lubuk duit'.

Malah untuk melambangkan dirinya sebagai 'kilang duit', Anwar mensasarkan perundingan untuk lompat parti akan dilakukan di luar negara. Pilih sahaja sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong.

Barangkali maksud Anwar bernada sinis..setakat berunding di Malaysia, tak main lah. Apa barang berunding di Malaysia..

Anwar juga mencitra dirinya seorang yang mewah sesuai dengan status bakal PM, Anwar berpindah rumah dari Damansara ke Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada awal Januari 2007.




Rumah lama di Damansara hanya berharga RM 2 juta. Sebab itu rumah itu dijual dan dibeli rumah baru Bukit Segambut Dalam yang berharga RM 7 Juta. Ada yang mengatakan rumah baru itu seumpama 'mahligai', bertingkat-tingkat yang memang sesuai untuk seorang yang bakal bergelar bakal PM.

Lagipun 'mahligai' baru Anwar itu dikelilingi pagar, dipenuhi CCTV dan mempunyai pegawal keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan 24 jam.

Namun begitu, di sebalik penonjolan gaya 'berstatuskan PM' itu, ada juga yang mempersoalkan dari mana Anwar mendapat sumber kewangan untuk membeli 'mahligai itu' sedangkan Anwar bukan lagi TPM atau Menteri Kewangan.

Ada berpendapat, kalau sekadar menjadi pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti dan Georgetown Universiti, dua institusi pngajian di Amerika, Anwar belum layak mempamerkan gaya hidup semewah itu.

Nama lagi pensyarah pelawat yang hanya diikat kontrak secara tahunan, gaya seperti dipamerkan 'mahligainya' tidak sepadan dengan pendapatannya. Kecuali Anwar hanya bertopengkan 'pensyarah pelawat' tetapi mempunyai pendapatan sampingan lain yang lebih lumayan pendapatannya.

Inilah mula timbul persoalan, adakah benar Anwar hanya bekerja 'pensyarah pelawat' atau seorang missionary yang melaksanakan tugas-tugas yang diperintah oleh Presiden Amerika ?


Anwar pernah menjadi Pengerusi dan Presiden satu yayasan yang diragui matlamatnya. Yayasan itu dinamakan Foundation For The Future (FFF). Anwar menafikan yayasan itu ditaja oleh Amerika Syarikat sebaliknya mendakwa mendapat kewangan dari Timur Tengah. Tetapi apabila skandal hubungan Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza terbongkar di media antarabangsa telah turut mengaitkan nama Anwar sebagai orang bertanggungjawab menulis surat memindahkan Shaha Ali Riza dari Bank Dunia ke yayasan yang dipengerusinya. Apabila rahsia yayasan itu dibongkar sebagai alat Amerika untuk menguasai negara-negara Islam di Timur Tengah, Anwar segera meletakkan kedua-dua jawatan yang pernah disandangnya dalam yayasan itu. No 3 dari kanan adalah Sandra O Conor, bekas Hakim Persekutuan Amerika yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa yayasan itu. Beliau dikatakan pro-Yahudi.

Tuduhan missionary itu berasaskan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan Amerika yang diragui iaitu Foundation For The Future (FFF), Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG) dan lain-lain.

KAF, FNF & American Jewish Committee (AJC)

Kalau di Malaysia, Anwar dan PKR lebih menonjolkan penaja-penajanya dari yayasan luar negara. Antaranya yang paling popular Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-duanya berasal dari Jerman.

Dalam bahasa Jerman, yayasan dipanggil 'Stiftung', sebab itu kadangkala, KAF turut dikenali sebagai 'Konrad Adenauer Stiftung' (KAS). Begitu juga dengan FNF dikenali sebagai 'Friedrich Naumann Stiftung'(FNS).

Sama ada Foundation atau Stiftung, kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti di Jerman menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Israel dengan Jerman.

Kumpulan Israel paling berpengaruh berada di Amerika yang dikenali sebagai American Jewish Committee (AJC).

Dalam perjanjian itu, kerajaan Jerman bersetuju menubuhkan yayasan seperti KAF & FNF sebagai 'menebus dosa' pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi semasa pemerintahan Nazi,atau dikenali sebagai 'holocaust'.

Bermakna munculnya yayasan ini sebagai pampasan pembunuhan Yahudi yang sudah berkurun lamanya. Menurut yahudi dengan adanya yayasan-yayasan ini ke seluruh dunia, sekurang-kurang kematian 'holocaust'itu tertebus.

Di Malaysia, KAF sering menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut kajian Dasar (IKD) dan Middle Eastern Graduate Center (MEGC).

Penajaannya dalam bentuk pembiayaan program dan penerbitan buku khususnya berkenaan mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia. Pluralisme ini adalah asas kepada Interfaith Council atau Interfaith Commission atau ringkasnya IFC yang menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.

Walaupun bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, yang juga pengarah IKD menamakan projek kerjasama antara IKD & KAF sebagai 'Islam Tanwiri', tetapi bau hamis 'pluralisme' dan 'IFC', masih belum dapat ditimbus.

Untuk lebih jelas, baca artikel sebelum ini bertajuk "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?".

Manakala FNF pula menumpukan kepada bengkel dan penajaan penulis media internatif (khususnya internet) khususnya membantu karier Anwar. Yayasan itu memberi dana kepada Anwar Ibrahim Club (AIC) telah mengadakan bengkel melatih penulis-penulis muda di internet serta membayar elaun bulanan kepada penulis internet pro-Anwar seperti Faisal Mustaffa (blog merpati jingga), Jeff Ooi dan Raja Petra Raja Kamaruddin (Malaysia-today).


Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF’s Regional Director for East and South East Asia. Turut hadir wakil dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim, Zainah Anwar, Dr. Patricia Martinez, dan Malik Imtiaz.

Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.

Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.

Portal itu sendiri dalam artikelnya "Malaysiakini: Free or pay?" mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.

Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C)


Forum kebebasan dan demokrasi di Malaysia anjuran PKR dengan kerjasama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Akrabnya hubungan Anwar dan PKR dengan yayasan Nasrani dari Jerman itu, hingga wakil FNF Malaysia dibenarkan berada di barisan hadapan (no 2 dari kiri-foto atas) bersama dengan kepimpinan tertinggi PKR. Persoalannya apakah agenda tersirat yayasan asing menaja sebuah parti pembangkang di Malaysia ?

Untuk mencapai hasrat ini FNF telah menaja Anwar dan program-program PKR kerana dasar Anwar dan parti itu selaras dengan dasar yayasan nasrani itu.

SPF & Asia FoundatioanNamun sejak kebelakangan ini Anwar dan think tanknya, IKD lebih gemar menggunakan dana Sasakawa Peace Foundation (SPF)kerana untuk mengelakkan daripada dituduh mendapat tajaan Barat.

Walaupun pada dasarnya yayasan ini berpusat di Jepun, tetapi hakikatnya yayasan ini berkait rapat dengan Amerika Syarikat kerana pengasasnya " Ryoichi Sasakawa adalah sekutu Amerika.

Selepas perang dunia kedua, Jepun telah menjalankan dasar berbaik-baik (Japan Lobby) dengan Amerika melalui penubuhan The Japan Foundation.

Hasil kerjasama The Japan Foundation dengan the United States, ditubuhkan pula The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation (SPF) pada 1980-an yang mempunyai dua ofis iaitu di Jepun dan Amerika Syarikat. Untuk memahami lebih lanjut, baca artikel The Japan Lobby.

Salah seorang bekas panel IKD dan pengarang Suara Keadilan, Fathi Aris Omar, telah mendapat tajaan The Nippon Foundation atau Sasakawa Peace Foundation melanjutkan pengajian di Jakarta pada 2004.

Menariknya SPF bersedia menaja Fathi Aris kerana beliau membuat kajian di Komunitas Utan Kayu, Jakarta, kepunyaan Goenawan Mohamad yang lebih dikenali sebagai pusat Jaringan Islam Liberal (JIL). JIL pula ditaja oleh The Asia Foundation, sebuah yayasan yang berpengkalan di San Francisco, Amerika.

Lebih menarik lagi Fathi Aris sekarang adalah kolumnis kanan, Malaysiakini dan pengasas Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT adalah cabang seni tajaan think tank Anwar (IKD). Guru Fathi Aris adalah Goenawan Mohamad, pemilik majalah Tempo dan kawan baik Anwar. Fathi dan Anwar pula ditaja oleh SPF dan Goenawan serta majalah Tempo pula ditaja Asia Foundation.

Bermakna terdapat lingkaran yang samar-samar tetapi bercantum dengan dua penaja dari Amerika iaitu SPF dan Asia Foundation menyusup masuk menaja Anwar, think tanknya, (IKD, KSJT) dan portal Malaysiakini.

Sebab itu, kawan baik Anwar di Indonesia, Goenawan Mohamad, berusaha mempromosi imej positif Anwar di Indonesia melalui majalahnya kerana Anwar dan Goenawan mendapat tajaan sama iaitu The Asia Foundation yang berhasrat mewujudkan rangkaian Islam Liberal di Indonesia dan Malaysia.

Hujah ini diperkuatkan dengan Fathi Aris Omar dan Goenawan Mohamad termasuk dalam kumpulan The Reading Group (RG), yang mendapat tajaan Asia Foundation. Malah nama Al-Mustaqeem Mahmod Radhi,pemilik Middle Eastern Graduates Center (MEGC) iaitu sekutu pemikir Anwar di IKD juga turut disenaraikan.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, panel pemikir IKD ini merupakan antara tunjang utama pendokong 'Islam Liberal Malaysia' dengan penerbitan buku-buku Pluralisme Agama(sama rata dalam agama)di Malaysia.

Penaja utama Anwar adalah NED

Sudah dikupas tentang penaja-penaja Anwar dan PKR di dalam negara, termasuk KAF, FNF SPF dan Asia Foundation, sekarang timbul persoalan apakah pula penaja terbesar Anwar ?

Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).

NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.

Presiden NED ialah kawan baik Anwar bernamaCarl Gershman, berbangsa Yahudi, memegang jawatan itu sejak April 1984 hingga sekarang.

Selain Paul Wolfowitz, Anwar juga baik dengan Carl Gershman. Menariknya kedua-dua watak ini adalah Yahudi Amerika yang dikenali sebagai rangkaian kumpulan neo-konservatif.

Kumpulan Yahudi Neo-Konservatif terdiri daripada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Doug Feith, Richard Perle, Elliott Abrams, I. Lewis Libby, Robert Zoellick dan lain-lain. Menariknya sebahagian besar daripada senarai itu telah telah ditemui oleh Anwar sama ada perbincangan bersemuka atau berkelompok. Lebih menarik lagi senarai Yahudi ini merupakan pemain di sebalik tabir dalam menentukan dasar-dasar pemerintahan Presiden Bush.

Anwar sering bertemu dan berbincang dengan kumpulan Yahudi Neo-Konservatif itu kerana mereka menguasai dana dan dasar-dasar luar Amerika. Mereka menguasai CFR, ICJ, NED, NDI, CIA, USAID dan pelbagai dana antarabangsa Amerika yang Anwar juga turut terlibat.

Hubungan Anwar dan Carl Gershman

Perkenalan Anwar dan Carl Greshman bukanlah baru, sebaliknya sudah terjalin sejak tahun 90-an lagi. Pada 15 April 1998 , Anwar sebagai TPM telah menyampaikan ucapan mengenai ‘The Asian : Economic & Political Implications’ di Washington, tajaan NED.

Pada 19 Mei 1998, Anwar turut menghadiri forum ‘Democracy : Is It Everyone?' yang dihadiri oleh Carl Gershman (Founder & Presiden NED), Fareed Zakaria (Managing Editor, Foreign Affairs) dan John M. Ollin (Director Institute for Strategic Studies).

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Malaysia, beliau bertemu lagi dalam The Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Anwar merupakan aktivis CSID manakala Carl Gerhmann merupakan penaja utama badan itu.

Pada 22 hingga 23 April 2005, mereka turut berbincang lagi dalam Persidangan Tahunan CSID Kali Keenam ‘Democracy and Development Challenges for the Islamic World’ yang diadakan di Marriott Wardman Park Hotel, Washington.



Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005" anjuran CSID. Dari kiri (sedang tepuk tangan), Antony Sullivan (Vice-Chair CSID); Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar dan (perempuan tidak pakai tudung) adalah Asma Afsaruddin (Chair CSID). Semua ini penggerak CSID yang berpengkalan di Amerika. Maksud "Muslim Democrate" adalah golongan muslim yang menolak sistem perundangan Islam dan matlamat menubuhkan Negara Islam.

Pada hari yang sama, Anwar dianugerah ‘Muslim Democrat of the Year’ yang disampaikan oleh Radwan Masmoudi (President CSID). Turut hadir sama adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden International Republican Institute-IRI).

Dalam program itu Gershman turut menyampaikan ucapan bertajuk ‘Why Muslims Want Democracy’.

Pada 6 September 2005, Anwar dan Gershman menghadiri persidangan ‘From Islamism to Muslim Democracy : The Challenges of Political Inclusion in Muslim Countries’ yang dianjurkan oleh NED dengan kerjasama Woodrow Wilson International Center for Scholars.

Pada 1 Disember 2005, NED menjemput Anwar untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Future of Muslim Democracy’ di New York Democracy Forum.

Ceramah Anwar dalam forum NED itu amat menarik kerana beliau secara terbuka mengecam kerajaan Malaysia sebagai tidak demokratik dan mempelawa Carl dan NED datang sendiri memantau memantau proses pilihan raya yang didakwa beliau tidak adil.

Pada 2 Mac 2006, Anwar bersama Carl menyampaikan syarahan bertajuk ‘Democracy in the Muslim World – Priorities and Syarahan Bulanan CSID di Washington DC.


Foto di atas, Anwar sedang memberi taklimat dalam program “ Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies”. Turut memerhatikan Anwar adalah Carl Gershman (Presiden NED) & Radwan Masmaodi (Director CSID). Gambar di bawah pula, peserta yang menghadiri program anjuran CSID dan NED itu yang diadakan pada 2 Mac 2006.

Pada 2 hingga 5 April 2006, NED sekali lagi jemput Anwar berdiskusi dalam persidangan Fourth Assembly of the World Movement for Democracy,di Istanbul, Turki. Diskusi bertajuk ‘Advancing Democracy : Justice, Pluralism and Participation’
Anwar Ibrahim bersama Carl Gershman, Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki) dan Kim Campbell (Secretary General Club of Madrid & Bekas Perdana Menteri Kanada) dalam program Fourth Assembly of the World Movement for Democracy pada 2-5 April 2005 di Istanbul, Turki.

Pada 7 Jun 2006 pula mereka berdua berdiskusi di Madison Buliding of the Library, Washington sempena 25th Anniversary of Reagen’s Westminster Address.

Tajuk perbincangan adalah ‘The Legacy of Westminster : Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead’.Berdasarkan tarikh-tarikh pertemuan seperti di atas, jelaslah hubungan Anwar dan Carl Gershman sangat akrab, bahkah tidak melampau jika dikatakan Carl Gershman menjadikan Anwar sebagai penceramah utama NED dalam menyampaikan tajuk berkaitan Islam dan Demokrasi selaras dengan kehendak Amerika.

Bantuan NED kepada NGO MalaysiaPada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325 493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia. Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim. ODC adalah salah satu think tank Anwar yang baru ditubuhkan sebagai alternatif kepada IKD. ODC dikawal sepenuhnya oleh bekas pegawai khas Anwar iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad. MAFREL pula sering memberi maklumat-maklumat sulit mengenai data-data pilihanraya Malaysia kepada Anwar. Malah, pengerusinya Abd Malek Hussin telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Malah kecondongan semua NGO ini menyokong Anwar terlalu jelas. Misalnya bekas aktivis SUARAM, Chang Lih Kang, menjadi YB PKR di Perak.Pada 18 Februari 2006, ODC telah menganjurkan dialog ‘Agenda Ekonomi Baru’ di Pusat Konvensyen KLCC. Penceramah utama program ODC itu adalah Anwar yang telah menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan dengan diganti kepada 'Agenda Ekonomi Baru’ (AEB). Dasar penolakkan DEB dan diganti dengan AEB merupakan salah satu menifesto yang diperjuangkan oleh PKR.

NED bantu Anwar kuasai Malaysia

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, "Bacardi: the Hidden War" NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan 'Demokrasi'.

Penulis merumuskan, "Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang"

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah 'hitam' kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah 'kelabu' kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak 'hitam' dan 'kelabu' maka tindakannya sudah tidak berkesan. Pada tahun 1983Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak 'putih'.

Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang ditarget oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Di Haiti, dalam pilihanraya 1990, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihannya iaitu Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih oleh rakyat, tetapi kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID telah berjaya menggulingkannya pada 1991. Seterusnya NED telah mengangkat calon tajaannya Marc Bazin menjadi Presiden.

NED dilaporkan telah berusaha mencatur pemimpin boneka Amerika di Venezuela, Cuba, Afganistan, Iraq dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir semua negara yang tidak menyokong Amerika sebagai super power tunggal akan digulingkan NED dengan bantuan dananya.

Di Malaysia, Amerika telah mensasarkan Anwar Ibrahim sebagai bonekanya kerana hubungan intim Anwar dan Amerika bermula sejak tahun 90-an lagi. Sebab itu, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, pada 2004, NED telah membina semula imej Anwar dan menaja secara agresif menjadi penceramah Amerika di peringkat antarabangsa sejak 2005

Dalam PRU ke 12, tiga insrumen Amerika telah terlibat secara langsung dalam membantu Anwar di Malaysia. Tiga instrumen Amerika itu adalah NED, NDI dan IRI. Hasilnya Anwar berjaya mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan pada pilihanraya 2008. Serentak dengan itu juga media kawalan Amerika di peringkat antarabangsa telah melabelkan Anwar sebagai 'key maker' dan Ketua Pakatan Rakyat.

Kempen media di peringkat antarabangsa masih diteruskan untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dalang Amerika, Israel, telah melobi Anwar "Bakal Perdana Menteri Malaysia" dalam akhbar terbitannya "The Jerusalem Post". Teknik melobi nama Anwar di media antarabangsa ini seumpama teknik yang telah digunakan ke atas Marc Bazin di Haiti. Hasil lobi antarabangsa, Marc Bazin telah berjaya dinobatkan Amerika sebagai Presiden Haiti, walaupun pada awalnya beliau telah tewas.

Dari Permatang Pauh ke PutrajayaPada 31 Julai lalu, penyandang asal parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah telah meletakkan jawatan bagi membolehkan suaminya, Anwar bertanding.

Sejak itu, dalam kempen-kempen Anwar, beliau selalu menyebut, Permatang Pauh adalah tiket pertamanya untuk menjejakkan kaki sebagai PM di Putrajaya.

Malah Anwar dengan penuh yakin mensasarkan 16 September ini beliau akan menjadi PM baru, dengan andaian beliau akan menang besar di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Tentu kenyakinan Anwar itu akan memberi peluang kedua kepada NED, NDI dan IRI, alat instrumen Amerika yang bekerja keras dalam Pilihanraya Umum ke 12, Mac lalu.

Adakah Anwar berjaya menjadi PM ? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

AIDC18 Ogos 2008

Pengaruh Freemanson Di Permatang Pauh?

Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar. Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?

Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.


Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara. Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.

Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.

Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?

Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?

Yang pasti, kedua duanya rapat dengan Paul Wolfowitz. Bush rapat dengan Wolfowitz atas kapasiti Wolfowitz sebagai penasihat perangnya semasa menyerang Afganistan dan Iraq. Wolfowitz ketika itu adalah Penolong Setiausaha Pertahanan di Pentagon. Malah Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab menulis surat menggesa Bush menyerang Afganistan ketika masih lagi menjawat jawatan Dekan di John Hopkins, University.

Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?




Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

Sunday, August 17, 2008

PENDEDAHAN: PUTERI UMNO DIRABA PUNGGUNG. BAJU DIKOYAK OLEH PENYOKONG PKR

Seorang mangsa raba punggung dan keganasan PKR semasa hari penamaan calon telah memdedahkan cerita sebenar. Mangsa ialah Cik Rohana berumur dalam lingkungan 20-an. Berikut adalah gambar gambar eksklusif Cik Rohana (seorang Puteri UMNO) yang telah menjadi mangsa kerakusan dan keganasan penyokong - penyokong PKR semasa hari penamaan calon pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun.
"Saya berasa amat malu, kesal dan marah yang amat sangat kepada mereka. Inikah cara berparti yang bersih" kata Cik Rohana. Ketika kejadian Cik Rohana menyatakan dia bersama sama dengan beberapa orang puteri UMNO yang lain sedang beredar keluar dari tempat penamaan calon. Sewaktu itu, hujan lebat, tiba tiba datang beberapa orang pemuda PKR datang dan meraba punggung mereka. "Mereka menghimpit dan mengesel badan mereka pada kami, kemudian mereka raba kami" adu Cik Rohana. Bukan itu sahaja, mereka telah menarik baju dan tudung mereka hingga koyak.

Cik Rohana menyatakan dia dan kawan kawan turut diludah oleh penyokong PKR tersebut. Pengalaman ngeri ini tidak membuat Cik Rohana dan rakan rakan untuk serik melawan PKR di Permatang Pauh.










Hakim setuju Anwar liwat (Kes 1998)


SAYA sekadar hendak menyatakan apa yang telah Mahkamah Tinggi [2001] 3 Malayan Law Journal, 193 m/s 250 dan Mahkamah Persekutuan [2004] 3 MLJ 405 m/s 424 nyatakan dalam penghakiman mereka seperti dilaporkan.

Dalam kes jenayah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (OKT) v PP, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan kesimpulan fakta (finding of fact) Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi yang berpendapat bahawa Azizan bukan orang yang bersubahat dengan OKT akan tetapi adalah mangsa liwat OKT. Kesimpulan fakta bahawa Azizan bukan orang bersubahat tetapi mangsa juga dipersetujui oleh Yang Arif-Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan (Court of Appeal).

Sebab atau alasan Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa Azizan adalah mangsa liwat bukan orang bersubahat dengan OKT adalah kerana, Azizan dijemput ke Tivoli Villa oleh Sukma (OKT yang Kedua dalam kes ini) untuk melawat dan melihat apartmen baru Sukma (OKT kedua) dan bukan kerana Azizan mempunyai niat melakukan liwat dengan OKT1 dan OKT2.

Maka semata-mata perbuatan liwat saja (actus reus) pada pendapat Yang Arif Hakim bicara Mahkamah Tinggi, tidak memadai untuk menjadikan Azizan seorang yang bersubahat dengan perbuatan liwat kerana Azizan juga perlu ada niat melakukan liwat. Bermaksud, Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa Azizan adalah mangsa OKT1 dan OKT2.

Mahkamah Rayuan pula tidak menambah apa-apa dalam menyetujui kesimpulan fakta ini bahawa Azizan bukan orang bersubahat dengan perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2 tetapi mangsa liwat.

Saya pendekkan cerita. Adalah menjadi tabiat dan amalan Mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk tidak mengusik/menggangu-gugat (interfere) kesimpulan fakta (finding of fact) Mahkamah bicara yang mempunyai kelebihan melihat dan mendengar (dan mencatat keterangan) saksi-saksi serta berpeluang menilai gerak-geri (demeanour) saksi-saksi berbanding Mahkamah dalam bidang kuasanya mendengar rayuan yang hanya berdasarkan kepada apa yang tertulis pada nota keterangan semata-mata.

Namun, Mahkamah Persekutuan dalam kes ini mengatakan bahawa itu tidak bermakna Mahkamah Persekutuan yang mendengar Rayuan tidak boleh campur tangan jika kesimpulan fakta dan keterangan tidak selari/ngam (not tally).

Walau bagaimanapun, kerana terpaksa, Mahkamah Persekutuan mengusik juga kesimpulan fakta Yang Arif Hakim Mahkamah bicara (yang telah dipersetujui juga oleh Mahkamah Rayuan [Court of Appeal[) yang juga menyimpulkan bahawa Azizan adalah mangsa liwat.

Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa adanya keterangan yang Azizan bukan mangsa liwat sebaliknya adalah orang yang bersubahat dalam perbuatan liwat dengan OKT1 dan OKT2. Yang Amat Arif Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan massa itu mengatakan di [2004] 3 MLJ 405 m/s 424,

“The Court of Appeal added nothing to it in agreeing with the finding of the learned trial judge.In our view, if the learned trial judge was looking for mens rea he should look at the surrounding circumstances. This is where evidence of similar facts becomes relevant. This is not a case of a person who was merely present at the time of the commission of the offence or participated in it only once.

By his own evidence, he was sodomised 10 to 15 times at various places, including in the house of the first appellant over a number of years. He never lodged any police report. He never complained about it until he met Ummi in 1997. He did not leave the job immediately after he was sodomised the first time, we do not know when. Even after he left the job, he went back again to work for the first appellant's wife.

Even after he left the second time, he continued to visit the appellant's house. He even went to the first appellant's office. When invited by the second appellant to go to Tivoli Villa, he went. He said he was surprised to see the first appellant there. Yet he stayed on. Signalled to go into the bedroom, he went in. There is no evidence of any protest. He followed whatever 'instructions' given to him.He said he submitted under fear and was scared of both the appellants.

A person may allow himself to be sodomised under fear once or twice but certainly not 10 to 15 times over a number of years. He is not a child nor an infirm. Even on this occasion, when he saw the first appellant there, he would have known of the possibility of the first appellant wanting to sodomise him again. Why did he not just go away? Instead, by a mere signal, he went into the bedroom, as if he knew what was expected of him. He did nothing to resist, in fact co-operated in the act.

And, after the first appellant had finished and went to the bathroom, he remained in that 'menungging' position. What was he waiting for in that position? Indeed the whole episode, by his own account, appears like a repetition of a familiar act in which each actor knows his part. And, after that he went back to the place again, twice and talked about the incident as 'the first time' he was sodomised there, giving the impression that there was a second or third time.

Are all these consistent with a person who had submitted under fear? We do not think so. Therefore, in our judgment Azizan is an accomplice, though he may be a reluctant one.

”Ramai yang mengalami kesukaran (termasuk pensyarah undang-undang juga) untuk memahami keputusan ini kerana OKT1 sebenarnya dibebaskan atas teknikal keterangan. Untuk seseorang mengikuti dan memahami kes ini, seorang itu hendaklah menguasai Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950) dan Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) selain seksyen liwat dalam Kanun Keseksaan.

Maka, jika bukan kerana tiada liwat, atas sebab apa OKT dibebaskan? Biar saya jelaskan - dalam kes sivil mahupun jenayah, keterangan seorang saksi boleh dikatakan credible (adil) setelah saksi itu mengangkat sumpah, dia memberikan keterangan (dan besar kemungkinan disoal balas) dan keterangannya tidak tergugat.

Keterangan saksi tidak seharusnya ditolak kesemuanya hanya kerana ada satu dua percanggahan. Mahkamah perlu memilih yang elok dari yang tidak dan bukan menolak kesemua keterangannya (impeachment) hanya kerana ada di antara keterangannya tidak elok di sana sini. Abdul Hamid Mohamad FCJ mengatakan, Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 415 (Mahkamah Federal)“For the purpose of the case, in a criminal trial, it is not necessary for the defence to show or for the court to arrive at a conclusion that Azizan is a liar before his evidence may be regarded as unreliable. Azizan may not be a liar but his evidence may or may not be reliable. Further, some parts on his evidence may be reliable and some may not be.

”Dato Seri Awar Bin Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405, at pg 422 & 423 (Mahkamah Federal)“In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trial judge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan's evidence as a whole, we are unable to agree with the 'firm finding' of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan 'is a wholly reliable, credible and truthful witness'. Evidence does not support such a finding. He was most uncertain, in particular about the 'date' of the offence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an 'outright liar' as Mr Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kind of witness described by the learned trial judge.

”Secara umumnya, keterangan seorang saksi credible (yang dipercayai – adil) mencukupi bagi tujuan sabitan. Ini adalah kerana keterangan saksi dinilai/timbang bukan dikira banyak mana jumlah mereka (seksyen 134 Akta Keterangan 1950). Namun, walaupun tidak salah sesuatu sabitan hanya kerana saksi tersebut adalah seorang yang bersubahat dengan OKT (seksyen 113 Akta Keterangan), telah menjadi amalan yang seteguh undang-undang (rule of practice that had hardened into a rule of law) bahawa tidak selamat sabitan tersebut jika tiadanya muhasabah/amaran Hakim dikehendaki mengingatkan dirinya akan bahaya mengguna-pakai dan mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayahnya yang menjadi OKT.

Perlu ada catatan/ nota keterangan bahawa Hakim bicara memberikan dirinya amaran bahawa dia peka kepada bahaya mempercayai keterangan seorang yang bersubahat terhadap rakan sejenayah. Justeru, adalah teratur jika Yang Arif Hakim bicara sediakan sebab-sebab beliau mempercayai keterangan orang yang bersubahat dalam mensabitkan rakan jenayah orang bersubahat terhadap tuduhan yang dikenakan pada OKT.

Dalam kes ini, oleh kerana Yang Arif Hakim Bicara Mahkamah Tinggi tidak berpendapat bahawa Azizan adalah seorang bersubahat (accomplice) tetapi seorang mangsa liwat, maka semula jadinya, YA Hakim bicara juga tidak perlu membuat amaran sedemikian pada dirinya. Perlu faham juga, saksi seorang mangsa seks juga memerlukan amaran iaitu `adalah mudah untuk menuduh pelaku dalam kes seksual namun amat sukar untuk siPelaku yang dituduh itu menyangkal – contoh lihat kes Nabi Yusuf).

Pendekkan cerita, oleh kerana YA Hakim bicara tiada memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan bahaya mempercayai keterangan saksi yang juga orang bersubahat, maka sabitan Dato Seri Anwar walaupun tidak salah, ianya tidak selamat. Dengan teknikal sedemikian, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti dua lawan satu membebaskan Dato Seri Anwar.

Namun, YAA Dato Siti Norma Yaakob tidak bersependapat kerana walaupun YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi berpendapat Azizan adalah mangsa seksual bukan liwat dan telah pun memberikan peringatan/amaran pada dirinya akan perkara tersebut bila saksi itu mangsa liwat, YA Hakim bicara Mahkamah Tinggi juga pada perhitungan YAA Dato Siti Norma, telah juga memberikan peringatan/amaran pada dirinya sendiri seperti yang perlukan untuk saksi yang bersubahat juga. Maka YAA Dato Siti Norma nampak bahawa sabitan Dato Seri Anwar bukan sahaja tidak salah, bahkan selamat juga.

Dengan demikian, saya bersependapat dengan kesimpulan awal Tun DM di www.chedet.com tajuk “Anwar” yang mana Tun DM mengatakan “Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

”Di atas saya sudah terangkan alasan teknikal (corroboration) YAA Hakim Mahkamah Persekutuan. Adalah elok juga kita renungkan apa yang dkatakan oleh Lord Diplock dalam kes DPP v Hester House of Lords [1973] AC 296 at 324 – 326; sila jug abaca kes R v Kilbourne“..common sense, the mother of common law, suggests that there are certain categories of witnesses whose testimony as to particular matters may well be unreliable either because they may have some interest of their own to serve by telling a false story, or through defect of intellect or understanding or, as in the case of those alleging sexual acts committed on them by others, because experience shows the danger that fantasy may supplant or supplement genuine recollection. For brevity I will hereafter refer to evidence of this kind as `suspect’ evidence and the witnesses who give it as `suspect’ witnesses.

Prof Madya DR Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang (Akta Keterangan & Tatacara Jenayah)
Kulliyah Undang2 Ahmad Ibrahim, IIUM

Kabinet Baru pada 16 September 2008


Anwar dan Islam




MENUJU PUTRAJAYA BAGI MENJAHANAMKAN ISLAM

JIHAD MENENTANG ANWAR DI PERMATANG PAUH KERANA ANWAR REDHA KAFIR MENGHINA ISLAM.ANWAR BAPA KEMERDEKAAN BARU MALAYSIA YANG BAKAL MEMBUNUH ISLAM DI MALAYSIA.FIKIRKAN PERKARA DI BAWAH :

Dalam Malaysiakini, 8 Ogos, Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju forum "Memeluk Islam" diadakan berhubung masalah pertukaran agama di kalangan bukan Islam di bawah perkara 121 (1A)."Saya rasa, untuk kepentingan Malaysia yang pelbagai kaum, kita patut berhati-hati tentang perkara ini. Teruskan perbincangan, bertemu dengan mereka yang bimbang. Saya rasa sebagai strategi, ia akan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang" kata Anwar.

Menurut buku yg ditulis oleh Allahyarham Ikhwan Nasir, beliau kata Anwar pernah menentang keputusan Ayatollah Khomenei yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap penulis buku Satanic Versus iaitu Salman RusdieSikap Anwar tidaklah patut kerana dia seorang Islam. Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya. Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif”

INTIPATI BUKU SALMAN RUSHDIE :

Salah seorang blogger telah memberi komen kepada artikel AIDC ini, dan menyatakan inti-pati kandungan The Satanic Verses, antaranya..

(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan. Apakah Anwar sedar apa yang diperkatakan kepada Newsweek?

WAJIB BAGI ORANG ISLAM PERMATANG PAUH MENJATUHKAN ANWAR.ANWAR ADALAH JURUCAKAP KAFIR HARBI MALAYSIA.TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

HAROLD MACMICHEAL(MALAYAN UNION 1945) = ANWAR IBRAHIM(MALAYSIAN MALAYSIA 2008)

1. Malaysia Today has relocated to a Singapore-based server! Suprised?

2. Paul Wolfowitz yg memegang 2 kerakyatan Amerika & Israel berjaya meyakinkan Pentadbiran Reagan, H.W. Bush & G.Bush bahawa Iraq memiliki senjata nuklear. Walaupun PBB tidak membenarkan Amerika menyerang Iraq, tetapi Yahudi Amerika menyerang juga Iraq secara Haram. Maka berjuta-jutalah rakyat Iraq mati terbunuh. Orang suruhan Amerika Chalabi dilantiklah menjadi Perdana Menteri Iraq dengan syarat semua tangki-tangki minya di Iraq mesti diserahkan kepada Exxon-Mobil yg dimiliki sahamnya oleh keluarga Bush.

3. Di Malaysia, Paul Wolfowitz yang merupakan Sahabat Sejati Anwar Ibrahim telah melawatnya di German semasa rawatan biasa di sana. Paul Wolfowitz yg berbangsa Yahudi ini mempelawa Anwar menjadi Pensyarah jemputan di John Hopkin University dan Georgetown University, di mana terkumpulnya tokoh-tokoh Yahudi di sana termasuklah Cohen, Al Gore, Madeline Al-Bright, dll.Paul Wolfowizt Yahudi inilah yang menulis Biodata Anwar untuk diberikan anugerah kononnya Anwar antara 100 pemimpin dunia= dalam biodata itu Paul Wolfowitz memasukkan Satu prakata iaitu menghapuskan Ketuanan Melayu. Sebab itulah Anwar dalam kempennya menghapuskan Ketuanan Melayu dan gantikan dengan Ketuanan Rakyat. So, janganlah hairan tindakan MB Selangor nak berikan UITM kepada bangsa asing.

4. Setelah Iraq dihancurkan, Paul Wolfowitz dan Bush and the geng Melabelkan negara-negara Islam yang Kaya Minyak seperti Iran, Syria, Sudan, Libya sebagai negara pengganas, negara Syaitan kata mereka. Setelah semua pusat minyak diberikan kepada Amerika dan sekutunya di Iraq dan berjaya menghancurkan Tamadun Islam di Iraq ( tempat Imam Al Ghazali belajar ilmu dll ulama lagi ) , Tiba-Tiba Yahudi Amerika ini secara Berkumpulan Menyokong Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Anwar tidak kisah, apa saja cara, belikah, rasuahkah, yang penting nak dapatkan 30 MP BN dan bentuk kerajaan dan nak jadi PM jalan belakang. Anwar suka sangat jalan belakang.

5. Maka itu, Pengundi-Pengundi di Permatang Pauh mesti bijak dan sedar bahawa di belakang Anwar Ibrahim ialah semua tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang merupakan musuh Islam. Jika tidak, sebuah lagi negara yang Majoritinya Islam akan hancur dan kita org Melayu akan jadi Pelarian macam orang Melayu di Singapura, macam org Palestin, orang Bosnia, Rohingya, dll.

6. Jangan Lupa, Yahudi Amerika juga mahu hancurkan PETRONAS sebagaimana mereka berjaya bankrapkan PERTAMINA (Indonesia). Tahun ini PETRONAS yang beroperasi di 34 negara di seluruh dunia telah menjadi 8 Syarikat Paling untung di dunia. Potensi Petronas untuk mendahului Exxon Mobil dll Syarikat Minyak Yahudi Amerika sangat besar pada tahun depan. Maka Protokol Yahudi Ke-7 digunakan= Hancurkan Islam(PETRONAS) sebelum mereka menjadi kuat. Maksudnya di Malaysia, runtuhkan kerajaan yg telah dipilih oleh rakyat sebelum Petronas ini semakin untung.

7. Sebagai anak didik Yahudi Amerika, Anwar tiada pilihan, tidak mengapalah meminta bantuan Yahudi Amerika, tidak mengapalah menyokong apa sahaja permintaan DAP,kerana ikatan janji dan persahabatan dengan kawan-kawan Yahudi sudah tidak boleh dileraikan. Yang hanya boleh leraikan ialah rakyat Malaysia. Inilah yang berlaku pada tahun 1946, apabila semua Raja Melayu Terpaksa Menandatangani Malayan Union, Rakyat Jelata yang sedar ancaman Penjajahan itu Bangun Menentang , dan akhirnya bangsa Melayu berjaya mengelak daripada dijajah dengan lebih teruk dalam Malayan Union.

7b. Malangnya Anwar Ibrahim menyokong pula Malaysian Malaysia. Maknanya Harold MacMicheal sama dengan Anwar Ibrahim. Harold Mac Micheal membawa Malayan Union, Anwar Ibrahim membawa Malaysian Malaysia.

Sumpah Saiful Ikut Cara Islam, Nik Aziz - Utusan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui cara bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, memang mengikut cara Islam. Katanya, dalam Islam untuk melakukan mubahalah adalah dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi sahaja. Semalam Anwar sebut sumpah Saiful sebagai sumpah main main. Haji Hadi pula memperbodohkan sumpah Saiful. Orang PAS nak dengar siapa? Bila Anwar nak lakukan sumpah pula? Apakah pencalonan calon dari AKIN petanda protes orang orang PAS kepada Anwar Ibrahim?

Ganas dan Maki Hamun Jadi Modal PKR?

Pada 16 Ogos 2008, 1.30 petang, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, (Jurugambar akhbar New Straits Times) dan Halim Berbar (HBL Press News, Perancis) teruk dipukul oleh sekumpulan penyokong PKR. Malah kamera yang bernilai RM15,000 turut dirampas.

Sebelum ini Loh Hoay Hoon (Wartawan Guan Ming Daily) dipukul dan dicekik oleh penyokong PKR pada 4 Ogos 2008. Sekali lagi ianya berulang tadi pada hari penamaan calon.

Tidak cukup dengan itu, ada juga penyokong PKR yang memaki hamun dengan ayat seperti ‘anjing, barua dan anak haram’ ke atas para penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengiringi Datuk Arif Shah Omar Shah.Malah ada sekumpulan penyokong PKR yang meraba punggung dan meludah Puteri UMNO. Kumpulan terbabit turut menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan Wanita UMNO. Ada yang menarik narik tudung dan rambut Puteri ketika lalu ke pusat penamaan calon.



Dua orang pemuda UMNO Gombak juga turut dipukul oleh penyokong pembangkang sehingga terpaksa diselamatkan oleh angota polis. Hampir 400 penyokong pembangkang yang berkumpul dibawah jambatan membaling kereta-kereta dan penyokong-penyokong BN dengan batu dan juga botol-botol air. Dulu di Ijok, botol air juga yang dibaling pada hari penamaan calon. Ianya berulang lagi.

Apakah ini yang diajar oleh PKR? Hadi Awang (Presiden PAS) berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi. Sedangkan Nik Aziz menyatakan bahawa sumpah Saiful sah. Jadi orang PAS nak ikut cakap Nik Aziz atau cakap Haji Hadi Awang?

Apakah ada kitab suci yang ajar kita bertindak ganas, memaki orang, meraba punggung dan meludah orang lain? Amalan Yahudi atau Kristian kalau kita buat begitu? Amerika yang ajar semua ini? Inikah hak asasi manusia dan demokrasi yang bersih yang sering dilaung laungkan PKR?

Thursday, August 14, 2008

PAS Jadi Kuda Anwar Ibrahim


Bila sudah menang nanti, PAS akan terus dipinggirkan. Sekarang masa nak bertanding Anwar akan tunggang PAS habis-habisan.

A lawan A : Hamba Rakyat & Seorang Pelakon Hebat

Anwar yang bercita cita besar hendak menjadi orang nombor satu Malaysia sanggup meminta isterinya melepaskan jawatan. Anwar akan bertanding dengan Arif Shah. A lawan A.

Dulu ketika Anwar Ibrahim menjadi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah ialah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh. Tentu kali ini, situasinya amat berlainan sekali.

Antara seorang yang sanggup menjadi "kuli" kepada rakyat berbanding seorang yang mahu terus menjadi orang nombor satu Malaysia.

Kenapa Anwar terlalu hendak sangat jawatan tersebut berbanding memberikan khidmat kepada rakyat? Atau Anwar hanya sekadar berlakon untuk mengabui mata pengundi Permatang Pauh?